Pemaju PICC disyarat naik taraf jalan berkaitan tampung peningkatan kenderaan

Admin

PANTAI JEREJAK – Melalui pembangunan projek Penang International Commercial City (PICC) dekat Bayan Baru, pihak pemaju telah disyaratkan untuk menaik taraf jaringan jalan raya di kawasan sekitar.

 

 

Ketua Menteri, Y.A.B. Ketua Menteri berkata bahawa antara lokasi kerja-kerja naik taraf yang akan terlibat adalah di bulatan Bayan Baru, persimpangan Jalan Bukit Gambir dan Jalan Tun Dr. Awang.

 

 

“Selama 10 tahun sebagai Exco (lalu lintas) dan  lima tahun sebagai Ketua Menteri, masalah kesesakan  jalan raya di Bayan Baru menjadi lebih rumit dan mencabar dengan tambahan kenderaan yang menyebabkan jalan-jalan di sini tidak dapat  menampung kenaikan jumlah kenderaan.

 

 

“Terkini, projek PICC  akan memasuki fasa dua, salah satu syarat adalah pemaju perlu menaik taraf jalan sekitar (projek), maka pemaju perlu bina satu underpass (jalan bawah) di bulatan Bayan Baru, Krystal Point ke Jalan Tun Dr. Awang sebagaimana di Jalan Udini, Gelugor.

 

 

“Ini bermakna pemaju perlu siapkan sehingga lokasi projek PICC dan melepasi simpang ke Jalan Bukit Gambir. Dari Jalan Bukit Gambir, satu jejambat akan dibina memasuki PICC dan keluar di hadapan Jalan Mahsuri membabitkan tempoh masa beberapa tahun lagi,” ujarnya pada Program Ramah Mesra Bersama-sama Penduduk bersempena Jelajah ❤️PENANG Ketua Menteri 2.0 di Lebuh Mahsuri dekat sini hari ini.

 

 

Hadir sama, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin; Pegawai Daerah bagi Daerah Barat Daya, Mohd. Hafiz Aswad Nadzri.

 

 

Selain projek berkaitan, jelas Kon Yeow, Kerajaan Negeri juga sedang menanti kelulusan projek Transit Aliran Ringan (LRT) yang dicadangkan berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kwang Hwa, Sungai Nibong dan dalam kawasan projek PICC sendiri.

 

Tze Tzin dalam pada itu menyatakan bahawa 13 lampu isyarat di Bayan Baru akan dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI) agar pengoperasiannya lebih optimum dalam menyuraikan kesesakan di Bayan Baru.

 

 

Sebelum itu, Ketua Menteri dan delegasi Jelajah ❤️PENANG Ketua Menteri 2.0 turut mengadakan lawatan serta ramah mesra di Surau Kampung Jawa bersama-sama penduduk setempat.

 

Menurut beliau, program jelajah tersebut bertujuan mendengar suara rakyat dan memastikan perkhidmatan Kerajaan Negeri dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sampai kepada rakyat.

 

“Jelajah yang telah dimulakan sejak tahun lalu memberi peluang memantau kerja-kerja yang sedang berlangsung di sesuatu tempat untuk  memastikan perkhidmatan Kerajaan Negeri mahupun MBPP dapat sampai dengan berkesan setiap kawasan.

 

 

“Serentak itu, kita juga boleh merangka projek-projek untuk dilaksanakan, misalnya lawatan ringkas hari ini ada permintaan untuk bina gelanggang sepak takraw sambil mendengar maklum balas Ahli Parlimen serta MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung) yang menjadi perantara Kerajaan Negeri dan rakyat,” ulasnya yang juga Exco Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi.

 

 

Sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang Tina, Kon Yeow turut mengambil kesempatan menyampaikan bantuan keperluan kepada individu layak di Kampung Jawa dan Lebuh Mahsuri.

 

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : LAW SUUN TING & SIEW CHIA EN

Video : ALISSALA THIAN