Pemantauan berterusan selaras pelaksanaan projek

Admin
d668f227 9e34 4338 9c1f 2c89abda0bd3

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menerima kunjungan hormat perkenalan daripada Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri baharu, Mohd. Iqbal Mohd. Noor di pejabatnya sebentar tadi.

Dalam pertemuan tersebut, antara yang dibincangkan adalah berhubung kepentingan pemantauan berterusan khususnya dalam aspek penyelarasan serta pemantauan pelaksanaan projek-projek pembangunan di negeri ini.

Dari sudut cabaran, Mohd. Iqbal memaklumkan bahawa usaha memulakan sesuatu inisiatif dari peringkat akar umbi memerlukan komitmen tinggi serta tindakan susulan yang konsisten, di samping kerjasama erat antara unit dan kementerian termasuk koordinasi bersama ICU bagi menjamin kelestarian serta keberkesanan pelaksanaan dalam tempoh perkhidmatan yang ditetapkan.

18fe5332 0614 492a 92c8 b5f0f81a7c52
Malah, Mohd. Iqbal turut menegaskan bahawa pihaknya akan terus komited meneruskan khidmat bakti serta melaksanakan amanah yang diberikan demi memastikan agenda pembangunan dapat direalisasikan secara holistik dan berimpak kepada rakyat.

Difahamkan, Mohd. Iqbal sebelum ini memegang jawatan sebagai Pengarah Pejabat Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Wilayah Pulau Pinang dan telah berkhidmat di kementerian tersebut selama 16 tahun.

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL

Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI