Pembahagi jalan elak kemalangan 

SERI DELIMA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid berharap pembahagi jalan baharu di persimpangan Jalan Delima – Lorong Delima dapat mengurangkan risiko kemalangan.

 

 

 

Katanya, persimpangan tersebut kerap menjadi lokasi kemalangan ekoran pengguna jalan raya yang melanggar ‘bollard’ untuk masuk ke Lorong Delima sebelum ini.

 

 

“Kerja-kerja pembinaan bermula pada 21 November lalu dan siap baru-baru ini dengan kos RM8,000 oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Timur Laut (DTL).

 

 

 

 

“Sebelum itu ada satu kes kemalangan melibatkan seorang guru dan saya ambil keputusan untuk turun bersama MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung) bersama JKR untuk mencari penyelesaian dengan membina pembahagi jalan,” ujar Syerleena dalam lawatan siap kerja di Jalan Delima pagi ini.

 

 

 

Tambah Syerleena, sekiranya tiada larangan belok ke Lorong Delima, kesesakan teruk akan berlaku hingga ke Jalan Masjid Negeri yang merupakan jalan utama.

 

 

 

 

 

Hadir sama, Penolong Jurutera JKR DTL, Mohd. Rashid Baharom.

 

 

 

 

 

Bercakap kepada pemberita Mohd. Rashid memberitahu untuk tahun 2020, JKR membelanjakan RM1.2 juta untuk kerja-kerja infrastruktur di Seri Delima.

 

 

 

Difahamkan, projek naik taraf laluan pejalan kaki di Jalan Delima turut dimasukkan sebagai perancangan bagi tahun 2021.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar : DARWINA MOHD. DAUD