Pembeli unit komersial perlu peka jenis pemilikan harta

Admin

Oleh: NORSHAHIDA YUSOFF

GEORGE TOWN – Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengurusan Kewangan yang bersidang pada Majlis Mesyuarat Biasa (MBM) bersetuju mengurangkan Nilai Harta Tahunan (APV) sebanyak 10 peratus masing-masing untuk unit komersial SOHO (Small Office, Home Office)

One Sky dan One World, Bayan Lepas baru-baru ini di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pengurusan Kewangan MPPP, Joseph Ng Soon Siang berkata, pengurangan yang diputuskan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan Kadar Penilaian Tahunan iaitu 10.3 peratus.

“Kita (MPPP) hanya mempertimbangkan pengurangan APV.

“Manakala, Kadar Penilaian Tahunan masih kekal pada 10.3 peratus,” katanya pada pembentangan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengurusan Kewangan di Dewan Bandaran, Padang Kota Lama di sini baru-baru ini.

Pada satu sesi dialog pada 11 April lalu dengan pihak Majlis, penduduk One Sky (250 unit office suite) dan One World (288 unit komersial) mendakwa APV yang dikenakan terhadap pihak berkaitan adalah terlalu tinggi berbanding beberapa unit komersial lain.

Mengulas lanjut, Soon Siang berkata, para pembeli unit komersial tersebut perlu sedar tentang jenis pemilikan harta yang dibeli.

“Mereka (pemilik rumah) seharusnya sedar jenis pemilikan harta yang dibeli.

“Ianya termaktub jelas dalam Perjanjian Jual Beli yang ditandatangani dan kategori penilaian manakah yang perlu dibayar.

“Saya memohon kepada pembelipembeli masa hadapan agar lebih jelas berhubung perkara ini kerana Majlis tidak akan melayan sebarang permohonan atau rayuan lagi,” tegas beliau.