Pemilik telefon awam diseru patuhi garis panduan

Admin

Oleh: NORSHAHIDA YUSOFF

GEORGE TOWN – Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memutuskan untuk memberi tempoh selama 30 hari kepada empat syarikat pemilik telefon awam di sini supaya mematuhi Garis Panduan Pemasangan Pondok Telefon yang diluluskan pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit pada Julai lalu baru-baru ini.

Tempoh 30 hari yang diberikan adalah bermula pada 16 Oktober lalu kepada syarikat-syarikat Callways Sdn. Bhd. Paycomm Network Sdn. Bhd, Aliya Technologies Sdn. Bhd dan CCI Sdn. Bhd.

Ahli Majlis MPPP, Muhammad Sabri Md. Osman berkata, selepas tempoh tersebut, MPPP akan mengambil tindakan tegas terhadap pondok telefon awam yang menjadi halangan dan mendatangkan bahaya kepada pengguna.

“Pihak majlis akan melekatkan notis di pondok-pondok telefon terlibat supaya pemilik berkenaan dapat menghubungi majlis semula untuk semakan lanjut.

“Tetapi, sekiranya selepas tempoh sebulan berlalu tanpa sebarang maklum balas, kita (Majlis) berhak menanggal dan membuka pondok telefon tersebut mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133),’’ katanya pada sidang media berkenaan Panduan Pemasangan Pondok Telefon di Padang Kota Lama baru-baruini di sini.

Turut hadir, Ahli Majlis MPPP, Ramlah Bee Asiahoo. Menurut Muhammad Sabri, pihak majlis memerlukan kerjasama dan maklumbalas daripada pemilik-pemilik pondok telefon berkenaan untuk mengemaskini dan membuat satu senarai inventori di seluruh bahagian pulau.

Tambah Sabri, hampir 2,200 pondok telefon (dalam dan luar bangunan) adalah dimiliki oleh syarikat swasta.

“Tujuan garis panduan ini adalah untuk mengembalikan pondok telefon yang daif, cacat pemandangan dengan lambakan stiker haram agar ia lebih terurus, teratur, kemas serta selamat digunakan oleh orang ramai dan orang kurang upaya (OKU).

“Malah, inisiatif ini juga selaras dengan sahutan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah 3C iaitu Crime, Congestion dan

MUHAMMAD Sabri (kiri sekali) melekatkan notis amaran di pondok telefon awam sambil diperhatikan Ramlah Bee Asiahoo (kanan sekali) pada majlis sidang media di Padang Kota Lama di sini barubaru ini.
MUHAMMAD Sabri (kiri sekali) melekatkan notis amaran di pondok telefon awam sambil diperhatikan
Ramlah Bee Asiahoo (kanan sekali) pada majlis sidang media di Padang Kota Lama di sini baru-baru
ini.

 Cleanliness,” ujarnya.