Penang Bike Week bantu realisasi hasrat beli van OKU

Admin

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

G E O R G E  T O W N – Penganjuran acara Penang Bike Week 2014 yang masuk tahun ke-tujuh adalah bertujuan merealisasikan hasrat pertubuhan kebajikan, Eden Handicap Service Centre berhubung pembelian sebuah van bagi kegunaan golongan kurang upaya (OKU) di bawah kelolaannya di sini.

Serentak itu, bertemakan Charity For Ride, ia juga adalah bertujuan memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang keselamatan jalanraya.

Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita Keluarga dan Komuniti, Chong Eng berkata, bagi memeriahkan program tersebut, pihak penganjur telah mengumpulkan para penunggang motosikal berkuasa tinggi untuk berkonvoi sambil beramal.

“Malah, kehadiran beberapa pengeluar aksesori permotoran, New Tyre Launching dari Michelin, Pocket Bike Challenge, Auto Show, Motac Challenge dan beberapa acara pentas dilangsungkan bagi menarik minat para pengunjung,’’ katanya pada Majlis Pelancaran Penang Bike Week 2014 di sini baru-baru ini.

Program tiga hari anjuran persatuan permotoran, One Nation Motosport, Pejabat Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita Keluarga dan Komuniti, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tersebut mensasarkan penyertaan seramai 2,000 penyertaan dari dalam dan luar negara termasuk Thailand, Indonesia, Singapura serta Brunei.