GEORGE TOWN – Pasukan Penang FC mencatatkan kemenangan terbesar dalam saingan Liga Super 2025/2026 setelah menumpaskan Melaka FC 5-0.
Gol-gol perlawananan dijaringkan oleh kapten pasukan Stefano Brundo minit keempat dan enam; Dylan Wenzel-Halls (minit 11 dan 14) manakala gol kelima oleh pemain pertahanan, Faith Friday Obilor (minit 85).
Ketua Jurulatih Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail berkata, daripada awal lagi anak buahnya menunjukkan keinginan untuk memenangi perlawanan ini dan semua strategi berjalan lancar.

“Kita (Penang FC) begitu tajam di depan pintu gol hari ini dengan empat gol dalam masa dua belas minit.

“Cumanya saya sedikit sedikit kecewa apabila kita sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol, tetapi kemenangan 5-0 ini patut diraikan dengan semangat berpasukan pemain-pemain saya,” ujarnya pasa sidang media setelah tamat perlawanan di Stadium Bandaraya di sini sebentar tadi.
Mengulas mengenai kemasukan tiga pemain baharu Nur Shamir Iszuan, Amirul Kamil Jaser (Filipina) dan Erick Brendon (Brazil), Wan Rohaimi berpuas hati dengan persembahan mereka.
“Walaupun mereka ada masa kurang daripada seminggu untuk untuk berlatih bersama tetapi mereka menunjukkan keserasian yang tinggi dan mereka menyumbang kepada kepada pasukan dan saya gembira dengan apa berlaku pada hari ini.
“Saya harap dari semasa ke semasa mereka akan terus mendapat tampilkan persembahan yang lebih baik daripada sekarang seterusnya mengekalkan momentum bermain baik,” ulasnya lagi.
Beliau dalam pada itu menyifatkan Penang FC langkah kanan pada tahun 2026 setelah menang dua aksi awal tahun ini.
Kemenangan kedua berturut-turut ini melonjakkan Penang FC ke tangga kesembilan saingan Liga Super.
Selepas ini Penang FC akan bertandang ke Kuala Lumpur pada 14 Januari bagi menentang KL City FC.
Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar : PENANG FC