AIR ITAM – Penang Hill Festival (PHF) 2025 bakal berlangsung bermula 18 hingga 20 Julai depan dengan pelbagai aktiviti menarik yang menonjolkan keunikan alam semula jadi, warisan sejarah dan biodiversiti Bukit Bendera.
Menurut Pengarah Pasukan MIND, KP Ong, festival edisi keenam ini bertujuan memberikan pengalaman baharu kepada pengunjung di Bukit Bendera sekali gus memperkukuhkan kedudukannya sebagai destinasi ekopelancongan utama di negara ini.

“Antara aktiviti utama yang akan dianjurkan termasuk Fun Walk, Viaduct Walk, dan Moniot Trail,”
“Fun Walk sesuai untuk semua peringkat umurtermasuk warga emas dan kanak-kanak, manakala Viaduct Walk menawarkan pengalaman unik melalui laluan ikonik. Bagi pengunjung yang mahukan cabaran, Moniot Trail adalah pilihan terbaik untuk meneroka keindahan flora dan fauna Bukit Bendera,”
“Pada hari kedua festival, aktiviti unik seperti eksplorasi cendawan (Mushroom Walk) akan diadakan dengan penyertaan pakar dari Amerika Syarikat, aktiviti ini memberi peluang kepada pengunjung memahami kepentingan kulat dalam ekosistem dan keunikan spesies yang terdapat di Bukit Bendera,” ujarnya ketika ditemui Buletin Mutiara semalam.
Selain itu, aktiviti Night Walk dijangka menarik perhatian pencinta alam dengan peluang melihat haiwan nokturnal seperti lotong, musang pandan, tupai terbang, dan tarantula di habitat semula jadi mereka.
“Bukit Bendera adalah lokasi yang sangat sesuai untuk aktiviti malam kerana biodiversitinya yang unik, kami yakin pengunjung akan menikmati pengalaman ini,” ulasnya lagi.
Festival ini akan berakhir dengan aktiviti Junior Rainforest Exploration yang dirancang khusus untuk kanak-kanak.
Program ini bertujuan mendidik generasi muda tentang kepentingan menjaga alam sekitar melalui aktiviti interaktif seperti mengenal tumbuhan, mempelajari komunikasi haiwan, dan menanam pokok.
“Kami mahu mendidik generasi muda tentangkepentingan menghargai dan menjaga alamsekitar, ini adalah usaha kami untukmemastikan mereka memahami keindahan semula jadi yang ada,” katanya lagi.
Festival ini turut menampilkan pameran, ceramah, dan bengkel yang sesuai untuk pelbagai lapisan umur, menjadikan PHF 2025 satu acara yang inklusif untuk dikunjungi.
Bagi orang ramai yang berminat bolehmendapatkan maklumat lanjut atau mendaftaraktiviti melalui laman web atau media sosialrasmi Bukit Bendera di https://www.penanghill.gov.my/phf/ atau Facebook dan Instagram Penang Hill.
Oleh: M. DANESWARAN
Gambar: LAW SUUN TING