Penduduk asal Kampung Tok Subuh terima baucar Senheng

BERAPIT – Seramai 37 penduduk asal tanah Kampung Permatang Tok Subuh masing-masing mendapati baucar bernilai RM200 untuk membeli-belah di gedung kelengkapan barangan rumah Senheng.

STEVEN Sim Chee Keong

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong berkata bahawa pemberian baucar tersebut diharap memberi semangat kepada para penerima sebelum memasuki rumah baharu mereka di Taman Desa Tok Subuh, kelak.

“Baucar ini boleh digunakan dalam tempoh setahun dengan membeli-belah di Senheng.

“Saya berharap ia memberi semangat kepada semua penduduk asal Kampung Permatang Tok Subuh untuk masuk rumah baharu mereka milik sendiri, bukan lagi rumah setinggan di atas tanah orang lain,” jelasnya di Pusat Khidmat DAP Ahli Parlimen Bukit Mertajam pada 7 Januari 2020.

Turut berucap, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon.

Kira-kira tujuh tahun lapan bulan lepas, penduduk asal Kampung Permatang Tok Subuh yang berdepan risiko pengusiran paksa daripada tuan tanah persendirian telahpun secara lantang memperjuangkan idea ‘rumah ganti rumah’ sehingga direalisasikan secara kolektif dengan sokongan Kerajaan Negeri hari ini.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS