Penduduk Cina diraikan di Sungai Acheh

MOHD. Kamil Abu Bakar (kiri sekali) menyampaikan hamper kepada seorang warga emas pada Program Pemberian Sumbangan sempena Tahun Baru Cina 2012 KADUN Sungai Acheh di sini baru-baru ini.
MOHD. Kamil Abu Bakar (kiri sekali) menyampaikan hamper kepada seorang warga emas pada Program Pemberian Sumbangan sempena Tahun Baru Cina 2012 KADUN Sungai
Acheh di sini baru-baru ini.

MERAIKAN…Sempena kehadiran Tahun Baru Cina 2012, Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Sungai Acheh, Mohd. Kamil Abu Bakar telah mengadakan pemberian sumbangan hamper dan buah limau kepada penduduk Cina berbangsa Tionghua di kawasan tersebut.

Penerima sumbangan hamper adalah terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan, orang kelainan upaya (OKU) dan ibu tunggal. Malah, kerjasama antara pusat khidmat PPK dan pejabat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Sungai Udang ternyata membawa senyuman kepada penerima-penerima sumbangan terutamanya warga emas yang menjadi penghuni di rumah orang tua di sini.

Menurut Mohd. Kamil, JKKK Seri Ampangan merupakan kawasan terakhir yang dikunjungi dalam siri Program Pemberian Sumbangan sempena Tahun Baru Cina 2012 KADUN Sungai Acheh.