Penduduk Kg. Belacan terima RM500 sumbangan tambahan

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat telah membuat keputusan memberikan RM500 tambahan sumbangan kepada sembilan keluarga mangsa kebakaran Kampung Belacan, Batu Feringghi yang berlaku hujung tahun lalu.

Sumbangan tersebut merupakan ganti rugi atas kelewatan proses pembayaran kepada semua mangsa tragedi dan sumbangan telah diberikan semasa sesi sidang media yang diadakan di Komtar baru-baru ini.

“Kita berasa kesal dengan apa yang berlaku yang menyebabkan penduduk terpaksa menunggu lama,” ujar Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Farizan Darus yang turut menghadiri sidang media tersebut menjelaskan, terdapat beberapa masalah teknikal ketika proses pembayaran dibuat oleh Pejabat Kewangan Negeri kepada mereka yang berkenaan pada 28 Februari lepas.

Ini kerana, pihaknya baru mengambil tanggungjawab tersebut yang sebelum ini dilakukan oleh Pejabat Daerah dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Walau bagaimanapun, kesemua mangsa telahpun menerima bantuan segera sebanyak RM 1,000 daripada tabung bantuan bencana Tuan Yang Te r u t ama (TYT) s emasa hari kejadian.

“Wang tersebut bolehlah digunakan untuk membeli barang-barang keperluan,” kata Norehan Yahaya, 42, salah seorang mangsa kebakaran yang hadir menerima sumbangan.

Nada yang sama turut disuarakan oleh Zuhan Khan Mohamed Ali, 42, seorang peniaga kecil di Batu Feringghi.

“Kami berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri yang banyak membantu kami, mangsa kebakaran,” ujar beliau.