Kluster Penjara, cabaran diatasi hasil sokongan pelbagai pihak

Oleh :WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR

SEGALANYA bermula dengan seorang tahanan reman berusia 60-an yang tiba-tiba pengsan pada 6 Oktober 2020 di Penjara Reman Pulau Pinang dan seterusnya disahkanmeninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Itu adalah kronologi ringkas bermulanya episod penularanjangkitan COVID-19 di Penjara Reman Pulau Pinang, jelasPengarah Jabatan Penjara Pulau Pinang, TIMBALAN KOMISIONER PENJARA (TKP) ROSLAN MOHAMED.

Bila dapat tahu beliau positif COVID-19, terus berdebar, timbul kebimbangan lalu kita minta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) buat ujian calitan berfasa hingga berjayamengesan seramai 441 tahanan reman positif di sini (pulau)manakala, Penjara Seberang Perai dekat Jawi mencatatkan553 kes positif termasuk seorang bayi.

Cabaran berlaku apabila terdapatnya peningkatan kes haridemi hari apabila ujian saringan mula dilaksanakan, ditambahpula ada kalangan ahli keluarga (banduan) yang mulamenangis-nangis kepada kita minta penjelasan dan sebagainyaberhubung kes tersebut.

Kebimbangan pada waktu itu juga berkisar mengenai carauntuk mengasingkan tahanan positif serta tahanan negatif, maklumlah sini sesak, jadi kadar kebolehjangkitan itu tinggi,” ujar Roslan dalam sesi temu ramah bersama-sama BuletinMutiara berhubung cabaranseranganpandemik COVID-19 di lokasi-lokasi seliaan beliau sehingga membawa kepadapelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan(PKPD).

Berdepan dengan pelbagai kekurangan, pihak penjara juga mengambil inisiatif proaktif mewujudkan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Berisiko Rendah di PenjaraReman Pulau Pinang dengan mengubah suai bengkel sediaada kepada penginapan sementara banduan yang terkesan.

Aspek cabaran juga timbul daripada segi kekuranganperalatan perlindungan peribadi (PPE), topeng muka dan lain-lain kelengkapan pada mulanya.

Namun, saya bersyukur pada masa tersebut pelbagai pihakseperti badan kerajaan, pertubuhan sukarela hadirmenghulurkan bantuan seterusnya membantu menanganikekurangan tersebut.

Daripada satu pelitup muka yang dipakai dua hingga tigahari, hasil bantuan, banduan boleh tukar pelitup muka seharisekali, tahap pembersihan kendiri tahanan pun kita tingkatkanpada masa tersebut.

“Alhamdulillah, Kerajaan Negeri juga banyak memberikanbantuan termasuk pejabat Y.A.B. (Ketua Menteri), barisanExco seperti YB Jagdeep Singh Deo, YB Phee Boon Poh, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Parlimen sertabanyak lagi.

Kekurangan di peringkat awal seperti kerja-kerja disinfeksijuga kita dapat atasi, untuk melakukan disinfeksi di kawasanpenjara, kita belajar daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba).

“Kita membuat peruntukan khas untuk membeli segalaperalatan bagi mengatasi perebakan COVID-19 di penjarareman ini,” ujarnya yang sudah 30 tahun berkhidmat denganJabatan Penjara Malaysia.

Dalam tempoh berkaitan, Roslan bersyukur hanya satu keskematian dicatatkan oleh Kluster Penjara Reman dan KlusterPenjara Seberang Perai.

Sebagai rekod, beliau memberitahu bahawa kakitanganPenjara Reman Pulau Pinang yang dijangkiti sebelum iniadalah seramai 22 orang, dan empat kes adalah melibatkankeluarga kakitangan dan Penjara Seberang Perai (13).

Mengulas mengenai langkah susulan ekoran pelaksanaanPKPD di kedua-dua penjara berkenaan, Roslan memberitahubahawa pihaknya juga lebih berhati-hati apabila menerimatahanan import’ dari negeri lain.

“Kita lebih berhati-hati kerana kita dapati saringan daripenjara di negeri-negeri tertentu tidak ketat seperti PulauPinang.

“Kita tidak mahu berlaku lagi jangkitan sehingga memberikesan kepada statistik harian kes bagi negeri Pulau Pinang,” jelas anak jati Kluang, Johor itu.

Menutup bicara, Roslan memberitahu bahawa walaupunbanduan dan tahanan sering dipandang negatif, namundaripada sudut kemanusiaan, mereka juga perlu dilayandengan hak asasi sewajarnya.

Mereka masuk sini (penjara) dalam keadaan sihat, justeru, kita mesti pulangkan mereka (banduan) dalam keadaan sihat, tidak boleh sambil lewa dalam berhadapan dengan COVID-19 ini.

“Kebajikan mereka (banduan) perlu dijaga kerana kita tidakmahu jadi apa-apa berlaku terhadap mereka sehinggamendukacitakan keluarga terbabit,” ulasnya yang sudah tigatahun menabur bakti di Pulau Pinang.