Perancangan jitu ke arah P. Pinang mampan

Admin

GEORGE TOWN – Kekurangan tanah yang terhad di Pulau Pinang iaitu kira-kira 17 peratus dengan kepadatan penduduk tinggi memerlukan garis panduan merancang lebih jitu dalam memacu ke arah tuntutan ekonomi dan sosial semasa.

Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ng Chek Siang ketika ucapan penangguhannya b e r k a t a , P u l a u P i n a n g menghadapi kekurangan tanah, hutan simpan dan bukit dengan anggaran 52 peratus berdasarkan kepada perkiraan Jabatan Perancangan Pembangunan.

“Akibat daripada ketumpatan penduduk yang padat, maka, corak pembangunan paling ideal untuk Pulau Pinang adalah mesra alam sekitar yang hijau perlu disimpan dan dikekalkan ekoran anggaran peningkatan penduduk negeri ini kepada 30 peratus menjelang tahun 2030.

“Adalah lebih baik memplot dan menempatkan mereka (penduduk) di bandar, tetapi dalam masa sama, tidak menukarkan tanah berbukit serta tanah pertanian menjadi sebuah kawasan perumahan kediaman,” hujahnya pada Mesyuarat Biasa Majlis Bilangan 08 Tahun 2012 di Padang Kota Lama baru-baru ini di sini.

Tambah Chek Siang, bagi sebuah negeri yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi, penggunaan tanah perlu dilakukan dengan cekap.

“Dengan kepadatan penduduk tinggi, Pulau Pinang mempunyai banyak kelebihan. Mewujudkan penggunaan tanah dengan lebih cekap dan berkesan penting dalam usaha menyediakan perkhidmatan awam serta kemudahan asas yang lebih efektif.

“ Selain itu , sistem pengangkutan awam perlulah cekap dan mampan, peruntukan terhadap kemudahan dan perkhidmatan mencukupi serta perpaduan sosial dan pertambahan kebudayaan merupakan faktor-faktor teras lain yang saling melengkapi,” ujarnya.