Perkasakan Amar Makruf Nahi Mungkar – Rashid

BAYAN BARU – Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon jelas merupakan antara pemimpin Islam yang perlu dicontohi apa bila mampu mengimamkan solat Jumaat dan berkhutbah pada minggu kedua bulan Januari 2014 di Masjid Umar Al-Khattab Bayan Baru di sini baru-baru ini.

Katanya, usaha memperkasakan Amar Makruf Nahi Mungkar ini harus dipandang serius umat Islam memandangkan masyarakat hari ini dilihat begitu ‘berpenyakit’.

“Apabila mempraktikkan Amar Makruf Nahi Mungkar, kita akan berasa takut untuk melakukan sesuatu kesalahan yang membelakangi suruhan Islam.

“Saya juga menyeru supaya umat Islam menggunakan kuasa yang ada dari selemah-lemah iman dengan membenci menerusi hati hingga mengambil tindakan sewajarnya melalui kuasa yang ada dalam melawan kemungkaran,” jelasnya di mimbar Jumaat baru-baru ini.

Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak itu, apabila perkara seperti berikut dilaksanakan, secara automatiknya umat Islam akan dapat melahirkan masyarakat yang baik dan disegani ramai serta dijadikan contoh tauladan.

Selesai menunaikan solat, beliau sempat beramah-mesra bersama jemaah-jemaah lain.