Persekitaran kondusif jamin kesihatan & keselamatan

Admin

 

SERI DELIMA – Demi memastikan tahap kebersihan dan kesihatan berada pada tahap terbaik dengan persekitaran yang kondusif bagi penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Delima, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, A. Sanisvara Nethaji Rayer sering mengadakan aktiviti gotong-royong yang melibatkan penduduk setempat.

Beliau bersama ahli JKKK, ahli parti Pakatan Rakyat (PR) dan penduduk kawasan Seri Delima, khasnya di Taman Tun Sardon, Bukit Gelugor, Island Glades dan Island Park, menjadikan aktiviti gotong-royong sebagai aktiviti riadah mingguan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Kawasan-kawasan tersebut memerlukan atau mempunyai ruang untuk dibersihkan dan diceriakan ke tahap yang lebih baik, oleh yang demikian, Sanisvara Nethaji Rayer mengunakan setiap peluang dan ruang yang ada untuk melaksanakan inisiatif.

Program yang baik dan patut disertai oleh lebih ramai penduduk”, ujar seorang penduduk, Zainul Abdul Malik Eusoff.

Bagi Zulkifli Ismail dari Taman Tun Sardon pula berkata bahawa program tersebut sememangnya perlu dilakukan selalu untuk mendidik masyarakat supaya lebih prihatin dan mengenali kawasan setempat.

Manakala bagi Yeoh Teik Lee yang juga merupakan penduduk tempatan, menyatakan bahawa program tersebut perlu didedahkan kepada umum supaya mendapat lebih ramai penyertaan.