Pertandingan futsal wanita lonjak semangat berpasukan

SEMANGAT BERPASUKAN… Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin percaya penganjuran pertandingan futsal wanita baru-baru ini mampu melonjakkan semangat kesukanan dan keyakinan golongan Hawa berkaitan.

Pada masa sama, Afif yang juga Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan menyatakan bahawa inisiatif tersebut juga dapat membuka ruang kepada golongan berkaitan untuk mencuba sesuatu yang baharu.

“Saya memang mempunyai perancangan untuk menganjurkan pertandingan seumpama ini di sini (Seberang Jaya), dan hasil usaha ahli-ahli jawatankuasa (pertandingan)…ia telah berjaya menarik ramai peserta.

“Alhamdulillah, penyertaan 10 pasukan adalah satu sambutan yang baik… sepenuhnya usaha daripada Briged Wanita DUN Seberang Jaya, tahniah kepada mereka!” katanya ketika ditemui pada Kejohanan Futsal Wanita Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya.