Pertandingan Skimboarding Antarabangsa promosi Pulau Pinang destinasi sukan air

TANJUNG BUNGAH – Pertandingan Skimboarding Antarabangsa Pulau Pinang Kali Ke – 11 merupakan platform terbaik mempromosikan negeri ini sebagai destinasi sukan air peringkat antarabangsa.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah dan sijil pertandingan berkaitan dekat sebuah hotel Tanjung Bungah baru-baru ini.

“Penganjuran oleh Kelab Skimboarding Bersatu Pulau Pinang turut mampu mempromosikan sukan pantai, disamping menggalakkan golongan belia bergiat aktif dalam sukan air di Pulau Pinang.

“Difahamkan penyertaan bagi kategori-kategori yang dipertandingkan adalah seramai 100 orang peserta dari dalam dan luar negara antaranya Singapura, Filipina, Thailand, China dan lain-lain yang telah berentap dengan jayanya sepanjang dua hari (14 – 15 September) program berlangsung lalu,” ujar Syerleena lagi.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Khidmat Kemasyarakatan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Rashidah Jalaludin.

Penganjuran kali ini menyaksikan tiga kategori iaitu kategori atas 32 tahun, bawah 32 tahun dan best trick.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : ADUN