Pertanian negeri positif, hasil meningkat – KM

(Dari kiri), FARIZAL Hamidon, L. Muniayappan, Ho Juan Aun dan Loo Choo Gee merupakan antara agropreneur yang terpilih menerima anugerah pada penganjuran AgroFest Pulau Pinang 2015 di sini baru-baru ini.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD
SEBERANG JAYA – Sektor pertanian, peladangan, penternakan

(Dari kiri), FARIZAL Hamidon, L. Muniayappan, Ho Juan Aun dan Loo Choo Gee merupakan antara agropreneur yang terpilih menerima anugerah pada penganjuran AgroFest Pulau Pinang 2015 di sini baru-baru ini.
(Dari kiri), FARIZAL Hamidon, L. Muniayappan, Ho Juan Aun dan Loo
Choo Gee merupakan antara agropreneur yang terpilih menerima
anugerah pada penganjuran AgroFest Pulau Pinang 2015 di sini baru-baru ini.

dan perikanan di negeri ini mencatatkan pertumbuhan positif pada tahun 2014, berbanding tahun sebelumnya.

Justeru, Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng merakamkan penghargaan kepada golongan petani, peladang, penternak dan nelayan di negeri ini atas kegigihan mereka menggandakan produktiviti masing-masing.

“Kerajaan Negeri memang memberi peluang kepada semua petani, penternak dan nelayan menceburkan diri untuk memperoleh pendapatan yang berpatutan.

“Kerajaan Negeri amat menghargai sumbangan dan usaha petani, penternak dan nelayan Pulau Pinang dalam membangunkan ekonomi negeri,” jelasnya pada Majlis Perasmian AgroFest Pulau Pinang 2015 di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini baru-baru ini.

Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin turut berucap pada majlis yang dirasmikan Yang Dipertua Negeri, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dr. Abdul Rahman Abbas.

Hadir sama, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Dato’ Law Choo Kiang, Dato’ Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) dan Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti).

Menurut Guan Eng, bidang pertanian mencatatkan peningkatan hasil sebanyak RM28,643,966.00 menjadi RM646,142,272 pada tahun 2014, berbanding RM617,498,306 yang diperoleh pada tahun sebelumnya.

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi tahun 2013 pula, jelasnya, meningkat sebanyak 6 peratus menjadi RM62.6 bilion, berbanding RM39.2 yang direkodkan pada tahun 2005.

“Bagi sektor pertanian, KDNK telahpun meningkat dari 1.6 peratus (bagi tahun 2005) kepada 1.9 peratus pada tahun 2013,” jelas Guan Eng yang juga ADUN Air Putih merangkap Ahli Parlimen Bagan.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng turut mengumumkan kesediaan Kerajaan Negeri menambah RM500,000 dana Tabung Usahawan Tani Muda demi membolehkan lebih ramai agropreneur mendapatkan pinjaman modal pertanian tanpa faedah.

Dalam pada itu, Farizal Hamidon yang memenangi kategori Penternak Jaya Unggas melahirkan rasa syukur atas penghargaan daripada Kerajaan Negeri.

“Ini kali ketiga, selepas mendapat tempat kedua pada tahun 2012 dan tempat pertama pada tahun 2013, dan kali ini sekali lagi dapat (tempat pertama) pada tahun 2015 ini.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan (Jabatan) Veterinar serta beberapa agensi kerajaan yang lain kerana begitu banyak memberikan kerjasama,” nyata beliau.

Nada sama turut diluahkan L. Muniayappan, pemenang kali pertama kategori Penternak Jaya Ruminan Besar.

“Ini kali pertama saya dapat, selepas saya menternak lebih 20 ekor lembu di Pantai Acheh (Balik Pulau), saya tak tahu nak kata apa, tapi ini suatu pengiktirafan,” jelas beliau melahirkan rasa terharu.

Ho Juan Aun, yang mendapat tempat pertama kali yang ketiga kategori Penternak Jaya Ruminan Kecil turut melahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri.

“Ini kali ketiga saya menerima anugerah kategori ternak kambing tenusu, selepas tahun 2011 dan 2013.

“Selepas 10 tahun, lebih kurang 160 ekor saya ternak di Sungai Pinang (Balik Pulau) dan sekarang ini tempat kitapun menjadi salah satu lokasi agro pelancongan…ok lah,” ujarnya.

Loo Choo Gee turut melahirkan rasa gembira kerana syarikatnya, CAB Cakaran Sdn. Bhd. memenangi kategori Peserta Pasar Tani Jaya.

“Syarikat kita sudah beroperasi lebih 40 tahun, menyediakan makanan untuk ternakan, (dalam) satu bulan, saya punya produktiviti lebih kurang 1.5 juta ekor ayam ke seluruh negara dan luar negara.

“Ibu pejabat di Butterworth, tetapi ladang kita di seluruh Semenanjung Malaysia.

“Sudah dua tahun kita sertai, tetapi ini kali pertama kita dapat pengiktirafan Kerajaan Negeri,” kata Choo Gee.document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);