Pesta durian Ahli Majlis rai staf MPPP

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

GEORGE TOWN – Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) baru-baru ini menganjurkan jamuan durian bagi menghargai kakitangan sokongan serta anggota berpangkat rendah pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Jurucakapnya, Ong Ah Teong berkata, keraian di perkarangan Bahagian Penguatkuasa dekat belakang pasar raya Times Square serupa seumpama itu merupakan kali ketiga dianjurkan oleh Ahli Majlis.

“(Jamuan itu) bertujuan menghargai jasa-jasa dan penat lelah anggota-anggota sokongan dan yang berpangkat rendah kerana seperti kita tahu kerja mereka memang mencabar,” ujar beliau di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, lebih 1,500 biji durian dijadikan untuk menjamu kira-kira 600 undangan.

Itu, termasuk durian jenis D24, Hor Lor, Ang Hey dan Musang King.

Selain durian, buah-buahan tempatan lain seperti manggis, rambut dan cempedak turut disajikan untuk hadirin.

Beliau berkata, jamuan pada hari tersebut dianggarkan menelan belanja kira-kira RM8,000.