Pesta Pulau Pinang capai sasaran 400,000 pengunjung

Admin
460243ef 2dae 455c b2f1 932f67fceaee

PESTA Pulau Pinang tahun ini mencatatkan kejayaan memberangsangkan apabila berjaya mencapai sasaran sekitar 400,000 pengunjung sepanjang tempoh penganjuran, walaupun berlangsung dalam tempoh lebih singkat berbanding tahun lalu.

Pesta Pulau Pinang kembali membuka tirainya dari 6 Disember 2025 sehingga 10 Januari 2026, menyambut pengunjung setiap hari bermula jam 6 petang sehingga 11 malam.

5efc2db5 4154 4170 a165 e09b5d6d5a6dPengurus Jawatankuasa Kutipan Tiket dan Kewangan Pesta Pulau Pinang, SYAZWAN SAZALI berkata bahawa peningkatan kutipan adalah amat memberangsangkan walaupun penganjuran kali ini adalah selama 36 hariberbanding 44 hari pada tahun sebelumnya yang mencatatkan kutipan sekitar RM1.8 juta.

Walaupun tempoh penganjuran lebih singkat, sambutan pengunjung adalah sangat menggalakkan,” katanya ketika ditemui di tapak Pesta Pulau Pinang sebentar tadi.

Tambah Syazwan, Unit Tapak Pesta yang berada di bawah Jabatan Kewangan Negeri (JKN) memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran penganjuran, termasuk pengurusan tapak dan parkir.

“Selain itu, sebuah jawatankuasa khas turut ditubuhkan bagi menyelaras aspek pengurusan tiket, keselamatan serta aliran pengunjung sepanjang tempoh penganjuran bagi memastikan pengalaman yang selesa dan teratur kepada orang ramai.

Penganjuran ini turut melibatkan beberapa pavilion utama antaranya Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK),” ujarnya.

Mengulas sambutan pengunjung, Syazwan turut menyataka nbahawa ia adalah amat memberangsangkan khususnya pada hari terakhir penganjuran.

Jumlah kehadiran dianggarkan mencecah sekitar 120,000 pengunjung, selari dengan rekod jualan tiket serta trend penganjuran terdahulu.

Maklum balas yang diterima kebanyakannya meminta agar Pesta Pulau Pinang diteruskan dan tidak ditutup, sambutan pada hari terakhir memang sangat meriah,” ujarnya.

c79be9b5 1caf 48cf 9dd6 870ff48dd5e1Bagi pengunjung, ABDUL MANAN MAN, 67, lokasipenganjuran Pesta Pulau Pinang yang sedia ada wajar dikekalkan memandangkan kedudukannya yang strategik dan mudah diakses oleh orang ramai dari pelbagai kawasan.

“Saya memang setiap tahun datang bersama-sama keluarga. Sekarang pun saya sedang menunggu anak dan cucu tiba untuk berjalan sama-sama, jadi suasana pesta ini memang meriah untuk dinikmati ramai.

Lagipun, saya dimaklumkan kawasan ini akan dibangunkan sebagai stesen Transit Aliran Ringan (LRT) tidak lama lagi, yang pastinya menjadi mod pengangkutan alternatif dan memudahkan warga Pulau Pinang ke sini,” katanya yang merupakan seorang pesara.

ddad6d90 e2fe 460e ac55 bce038f69b9dSementara itu, MUHAMAD IHSAN ILYAS, 32, menyatakan bahawa beliau tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Pesta Pulau Pinang walaupun sudah beberapa kali hadir sebelum ini, termasuk pada hari terakhir penganjuran.

“Dah beberapa kali saya datang, hari terakhir ini pun saya datang lagi untuk membeli-belah bersama isteri dan anak.

“Bagi saya, Pesta (Pulau Pinang) memang patut diteruskan sebab rasanya tak lengkap Pulau Pinang tanpa penganjuran pesta seperti ini.

“Saya membesar dengan pergi ke Pesta (Pulau Pinang) sejak kecil, dan sekarang pula dapat membawa keluarga sendiri, jadi ia memang memberi makna yang tersendiri,” jelasnya.

24603f3a 64d0 4cca 98c5 36b68f62014117833331 e8c5 4e09 9bb0 f4eb686d71ee9f995148 3e13 46ad ab5d 8bf8bc4738b2f0450228 043b 4a84 a39f 87d874b30fcc2300d25e 9ece 4d82 ba0a e6bcfd5f0721

41a3fa31 59ab 4759 93b6 961aac53c3dc3844cf11 6b85 4031 bd62 f48abb0866ee9315a750 579e 4916 8c8a 5503d34446f66685dd85 037d 42c5 b7e8 3725b104f1dddbb83018 321d 4180 accf fa90b79c8dc6b495a34a a32e 42d4 9744 9f2c061c0ef024c0fdb5 693c 494c 85da 24f0fbb421dc3ecd86d2 296b 475d 9a1c a3672e1f1f8542bf8a2b db4d 49a9 b364 fa352ab0254e23627307 4b4c 459e 9fba e8f5fcb0c229f2d7cf63 e2da 4590 8722 a371db7198afbc91a727 abf7 47f2 b7b6 36c86a735d9331408582 5ac6 424a 9fbe 3896989e1edf1cacf933 34fa 4d81 8749 aa7b1d4121c4
Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL
Gambar :
SITI NURATIKAH RAHMAT