PIP: 60% nelayan beri reaksi positif – Kon Yeow

GEORGE TOWN – Sebanyak 60 peratus nelayan yang mengikuti siri-siri taklimat awam mengenai Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Pulau Pinang serta projek tambakan laut di bahagian selatan pulau Pulau Pinang sebelum ini memberikan reaksi positif.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, melalui 14 sesi penerangan yang telah dijalankan dalam tempoh sembilan bulan, hanya satu sesi yang memperlihatkan maklum balas negatif.

“Malah, sebanyak 60 peratus nelayan yang terlibat memberikan reaksi positif mengenai projek bertujuan menangani kesesakan trafik di negeri ini.

“Ini adalah usaha kita (Kerajaan Negeri) dan Konsortium SRS untuk memberikan penjelasan kepada semua lapisan masyarakat termasuk di peringkat Persekutuan.

“Ia supaya rakyat mendapat gambaran jelas dan input berhubung kepentingan PIP,” katanya pada majlis sidang di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian (Kerajaan Tempatan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, K. Vishantini, Pang Hoe Yee (Ketua Perhubungan Awam dan Komunikasi, Konsortium SRS) dan Azmi Mohamad (wakil komunikasi PDP).

Mengulas lanjut, Kon Yeow memberitahu bahawa lebih banyak lagi sesi penerangan berterusan akan dijalankan selepas ini.

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);