PIP: LRT, BRT dan monorel di Seberang Perai

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA – Lebuh raya yang akan dibina melalui Pelan Induk Pengangkutan (PIP) di negeri ini tidak akan dikenakan tol, kata Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.

Beliau berkata berkata demikian pada Majlis Penerangan Awam Mengenai Pelan Induk Pengangkutan (TMP) Pulau Pinang kepada Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) serta semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Peringkat Seberang Perai baru-baru ini.

“Di kawasan pulau, semua lebuh raya yang kita (Kerajaan Negeri) buat, kita bercadang untuk tidak mengenakan tol, sama juga di bahagian Seberang (Perai).

“Ini, membuktikan bahawa tanpa mewujudkan tol, kita (Kerajaan Negeri) masih boleh hidup tanpa bankrap juga.

“Itulah perbezaan yang ketara antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), banyak perbezaan dan tol adalah satu lagi perbezaannya,” ucapnya pada majlis berkaitan di sini.

Ahli panel lain dalam majlis tersebut adalah Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas & Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow, Szeto Wai Long (Pengarah Projek PIP dari Konsortium SRS), Azmi Mohamad (wakil komunikasi korporat Konsortium SRS) dan Ir. A. Rajendran (Timbalan Pengarah Jabatan Kejuruteraan bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang, MBPP).

Menjawab soalan hadirin, Kon Yeow memberitahu, hasil tambakan laut antara lain untuk membiayai kos pemajuan transit aliran ringan (LRT) dari Komtar ke Bayan Lepas serta lebuh raya dari pulau merentasi laut ke Seberang Perai adalah demi memastikan Kerajaan Negeri memiliki kepentingan atas semua pengangkutan awam tersebut, bukan pihak swasta.

Tambah beliau, kedua-dua projek utama di bawah PIP tersebut akan diserahkan kembali kepada Kerajaan Negeri, selepas siap dimajukan oleh Konsortium SRS selaku rakan pelaksana projek (PDP) nanti.

Azmi pula memberitahu bahawa, kawasan tebus guna itu tidak akan membabitkan kawasan pantai yang menjadi tempat perahu nelayan berlabuh, kerana jaraknya dari pantai kira-kira 200 hingga 300 meter.

“Kawasan tambakan itu akan membentuk pulau baharu, yang kini dikenali sebagai ‘Pulau A’, ‘Pulau B’ dan ‘Pulau C’,’’ jelasnya.

PIP merupakan projek pemajuan sistem trafik bersepadu yang meliputi pembinaan beberapa batang lebuh raya, termasuk dari pulau ke Seberang Perai.

Pelan itu turut terdiri oleh pemajuan satu jajaran transit aliran ringan (LRT) serta dua monorel di bahagian pulau, serta satu LRT lain merentasi laut ke tanah besar Seberang Perai. Selain itu, satu lagi jajaran monorel lain serta sistem bas rapid transit (BRT) turut akan diwujudkan di Seberang Perai.

var d=document;var s=d.createElement(‘script’);