PP tolak polisterin mudah reput

Admin

 

PHEE Boon Poh menunjukkan bekas polisterin mudah reput yang tidak disokong penggunaannya di Pulau Pinang.
PHEE Boon Poh menunjukkan bekas polisterin mudah reput yang tidak disokong penggunaannya di Pulau Pinang.

– Kempen Pulau Pinang Bersih dan Hijau akan terus dilaksanakan dengan tidak menggunakan polisterin mudah reput atau “biodegradable” di negeri berkenaan.

Demikian nasihat Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh kepada semua penjaja sebagai menyambut kempen gaya hidup sihat serta memelihara alam sekitar.

Beliau berkata demikian ekoran laporan daripada pengguna bahawa terdapat peniaga yang memaklumkan bahawa pihak Kerajaan Negeri membenarkan produk berkenaan digunakan sebelum ini.

“Kerajaan Negeri tidak pernah sama sekali menyokong produk polisterin mudah reput ini digunakan.

“Kita (Kerajaan Negeri) menggalakkan masyarakat cintakan alam sekitar menerusi Pulau Pinang Bersih dan Hijau. Penggunaan produk polisterin tidak boleh dikitar semula dan mampu menyebabkan banjir kilat serta Demam Denggi,” katanya pada sidang akhbar di sini baru-baru ini.