PPK Sg. Dua lawat warga emas mangsa ragut

Admin

SUNGAI DUA – Prihatin dengan nasib seorang warga emas yang menjadi mangsa ragut baru-baru ini,

Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Sungai Dua, Zahadi Mohammad mengadakan lawatan khas ke kediaman beliau di sini.

Dalam kejadian tersebut, mangsa, Fatimah Kosor atau lebih dikenali Tok Timah, 82, mengalami kecederaan di tangan akibat pergelutan dan ditendang jatuh ke dalam longkang.

“Ketika kejadian, berlaku sangat pantas, Tok tak sempat nak buat apa-apa.

“Alhamdulillah, walaupun rasa takut (trauma), Tok selamat,” katanya kepada Zahadi di sini baru-baru ini.

Dalam kejadian di Taman Mahsuri di sini, mangsa ketika itu sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah dan dipercayai didatangi dua pemuda.

Suspek kemudian bertindak meragut rantai leher dan gelang tangan milik mangsa sebelum menendangnya ke dalam longkang.

Justeru, Zahadi menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat boleh tampil memberi maklumat di mana-mana balai polis berdekatan.