Program COMM@LOVE IN TRANSIT berakhir, pelajar Komunikasi USM tunjuk komitmen sosial

Admin
group fhoto

GEORGE TOWN – Seramai 70 pelajar dari Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menamatkan fasa kedua program Comm@Love In Transit (Comm@LIT) di Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang (PTGPP).

 

Program tersebut kepada usaha sosial dan kebajikan yang berlangsung dengan kerjasama PTGPP serta sokongan daripada Service-Learning Malaysia–University for Society Universiti Sains Malaysia (SULAM–USM).

 

Menurut Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim, program tersebut menunjukkan bagaimana kerjasama antara institusi dan komuniti mampu membawa perubahan yang bermakna.

 

img 3758
LIM Siew Khim.

 

Saya bangga melihat bagaimana pelajar-pelajar USM memanfaatkan ilmu mereka di lapangan.

 

“Ini adalah selari dengan prinsip Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang menekankan kesejahteraan komuniti, pendidikan sepanjang hayat, dan penjagaan alam sekitar.

 

“Seramai 195 gelandangan berjaya memperoleh pekerjaan dan menetap di kediaman tetap, membuktikan bahawa usaha bersepadu antara kerajaan negeri Pulau Pinang dan semua pihak yang terlibat telah membuahkan hasil.

 

gmbar pegang beras
PENYAMPAIAN hadiah Sukaneka Explore Race oleh Prof. Madya Dr. Bahiyah Omar, Dekan
Pusat Pengajian Komunikasi, USM kepada pemenang warga PTGPP.

 

“Agensi dan syarikat yang berminat menjalankan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) boleh tampil ke hadapan dan menyumbang melalui inisiatif di pusat transit,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Penutup (Comm@LIT) di Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang baru-baru ini.

 

Hadir sama, Dekan Pusat Pengajian Komunikasi (USM), Profesor Madya Dr. Bahiyah Omar.

 

screenshot
PROFESOR Madya Dr. Bahiyah Omar.

 

Siew Khim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, berharap kerjasama seperti ini diteruskan dan diperluaskan supaya manfaatnya dapat dirasai secara lebih menyeluruh.

 

Sementara itu, Bahiyah memberitahu bahawa program tersebut bukan sahaja memberi impak positif kepada komuniti gelandangan tetapi turut memberikan peluang kepada mahasiswa untuk mendalami realiti kehidupan masyarakat serta memupuk nilai tanggungjawab sosial.

 

“Tahun ini menandakan kali kedua program ini diadakan bersama PTGPP.

 

img 7576
LIM Siew Khim merasmikan pelancaran Comm@Love In Transit melalui upacara penyalaan simbolik.

 

“Kerjasama ini adalah bukti jelas bahawa gabungan strategik antara universiti dan komuniti mampu mewujudkan jaringan kukuh berasaskan empati, kepercayaan, dan komitmen bersama,” katanya.

 

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan PTGPP serta para penaja atas sokongan mereka yang telah merealisasikan program penuh kasih sayang dan nilai kemanusiaan ini.

 

Program (Comm@LIT) bukan sekadar satu penutup, tetapi menjadi pencetus kepada usaha berterusan untuk melahirkan graduan yang prihatin terhadap isu sosial, memiliki empati tinggi, dan berperanan aktif dalam mendorong perubahan mampan melalui pendidikan serta tindakan komuniti.

 

dsc 0158

 

 

Oleh: M. DANESWARAN
Gambar: DARWINA MOHD. DAUD & PASUKAN MEDIA COMM@LIT