Projek penternakan madu kelulut asli promosikan lagi industri ekopelancongan

Admin
0e166c2e 7382 4737 b47d 5fc06fcad299

MADU kelulut merupakan sejenis madu yang dihasilkan oleh lebah kelulut (spesies Trigona) yang semakin mendapat perhatian dalam dunia perubatan alternatif dan pemakanan sihat kini.

Tidak seperti madu biasa, madu kelulut mengandungi molekul yang lebih kecil dan mudah diserap oleh tubuh menjadikannya antara sumber semula jadi terbaik untuk menyokong kesihatan menyeluruh tubuh manusia.

Di Kampung Permatang Pasir, Balik Pulau, sebuah ladang penternakan madu kelulut asli turut diusahakan melalui program pemerkasaan Rukun Tetangga Penggerak Komuniti Progresif (RT Progresif).

Baru-baru ini, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kuala Jalan Bharu, EDWARD TAN CHIEW CHOON berkongsi mengenai latar belakang pengeluaran madu kelulut asli melalui satu sesi wawancara khas bersama-sama wartawan Buletin Mutiara, NUR ASHIKIN ISMAIL dan jurugambar SITI NURATIKAH RAHMAT

9550103d 4e35 4421 9691 107c94cf8275
CHIEW Choon (kiri) dan Rogayah menunjukkan proses menyedut madu kelulut.

Menurut Chiew Choon, ladang pengeluaran madu kelulut asli itu dikendalikan sepenuhnya oleh Naib Pengerusi KRT (Kuala Jalan Bharu), Jaafar Mahsyar dan isterinya, Rogayah Hamid.

“Pada peringkat awal, kami tidak merancang untuk menjadikan pengeluaran madu kelulut asli sebagai projek KRT.

Secara kebetulan, pada ketika itu isteri Jaafar (Rogayah) mengalami batuk yang teruk sehingga menyebabkan dia penat, jadi pengambilan madu kelulut asli sebagai penawar merupakan alternatif lain selain ubat yang dipreskripsi.

a0173800 9c7f 4e44 b966 dd138773ff6dKemudian, melalui mesyuarat RT Progresif bersama-sama barisan ketua Pengarah dan Pegawai Kementerian Perpaduan Negara (KPN), cadangan kami untuk melaksanakan projek initelah diluluskan.

“Lebih daripada 30 sarang lebah boleh dimuatkan di ladang ini, dan dalam tempoh tiga bulan, kami berjaya menghasilkan kumpulan pertama madu kelulut asli.

Melihat perkembangan ini, saya selaku penyelia sememangnya menyokong dan menggalakkan ahli-ahli RT Progresif yang lain untuk memajukan projek yang menyumbang kepada pembangunan ekologi.

“Tidak dinafikan juga ladang ini berkemungkinan boleh dijadikan sebagai daya tarikan ekopelancongan pada masa hadapan,” jelasnya lanjut.

Sementara itu, Jaafar memberitahu bahawa penjagaan sarang lebah madu kelulut memerlukan daya fokus yang tinggi kerana lebah sensitif terhadap persekitaran.

9a23fad8 225a 4fa2 9d5c 537213fa2021Lebah kelulut merupakan serangga yang sangat berdisiplin, rutinnya pada waktu pagi hingga tengah hari mencari nektar (bunga) dan pulang semula ke sarang apabila selesai untuk berehat.

“Jadi, kebiasannya kami akan mula menyedut madu asli sekitar waktu pagi kerana lebah kelulut tidak berada di rumahnya, maka tiada ancaman dan risiko perlu dihadapi.

Sudah tentu untuk penjagaan kebersihan dan suhu persekitaran amat penting dalam mengusahakan projek ini, jika persekitaran kotor atau terlalu panas, lebah kelulut akan meninggalkan sarang.

ac68bf25 4346 4235 959d 358062a96b0e“(Dan) lebah kelulut cenderung memilih kawasan yang sejukdan bersih bagi menghasilkan sarang ladang untuk berlindung daripada cuaca panas berlebihan,” katanya sambil menunjukkan demonstrasi pengambilan madu kelulut di ladang penternakan dekat sini.

Dalam pada itu, Rogayah menekankan bahawa madu kelulut asli merupakan elemen yang sangat baik untuk dijadikan sebagai suplemen kesihatan.

“Debunga dari sarang madu kelulut boleh dimakan dan mempunyai nutrisi yang tinggi, manakala rasa dan warna madu kelulut pula bergantung kepada sumber nektar yang diambi lsama ada daripada bunga manggis atau durian.

41e1da0f ae47 43ca 9a52 568ba45cb806“Jika nektar diambil dari bunga manggis, maka madu kelulut cenderung berwarna ungu, manakala dari bunga durian berwarna kekuningan, lebih menarik lagi tiada tarikh luput untuk pengambilan madu kelulut.

“Di samping itu, madu kelulut turut mengandungi enzim semula jadi dan boleh dianggap sebagai yang terbaik, buktinya saya sendiri merasai peningkatan tahap kesihatan dan mampu membuat kerja di rumah.

Semasa melakukan pemeriksaan kesihatan, doktor turut memuji tahap kesihatan saya semakin baik setelah mengamalkan pengambilan madu kelulut asli setiap hari,” ujarnya yang dahulu mempunyai masalah kesihatan jantung.

5f4e69b5 f1bb 49ba 9cd2 a8167dadf392Tambah Rogayah, sebanyak kira-kira 1.5 liter (l) madu dapat dihasilkan setiap 45 hari tempoh matang.

“Madu yang dihasilkan dibungkus secara rapi ke dalam tiga saiz botol iaitu 20 mililiter (ml) yang dijual dengan harga RM10, 140ml (RM50) dan 200ml (RM70).

“Jika projek ini berjalan lancar, kami turut merancang untuk menambah lebih banyak sarang lebah kelulut pada fasa kedua walaupun kini harga sarang telah meningkat daripada RM650 kepada RM800 hingga RM1,000.

“(Dan) selepas ini kami mungkin akan lebih mempromosikan projek penternakan madu kelulut asli kepada umum setelah reka bentuk pembungkusan telah dimuktamad.

“Oleh itu, bagi mereka yang berminat untuk mengetahui maklumat lebih lanjut atau pembelian, boleh menghubungi Jaafar di talian 017-521 2441 atau Chiew Choon (017-423 1188),” katanya menutup bicara.