Projek Penyuraian Trafik Juru-Sungai Dua pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri, konurbasi utara Semenanjung

Admin
34312e82 ce94 4189 8e3e 600a837b34a1 (Dari kiri) NIK Airina Nik Jaffar, Perdana Menteri, Azman Ibrahim, Ketua Menteri dan Steven Sim Chee Keong saling berbincang mengenai model projek pembangunan ‘lebuh raya bertingkat’ sebelum berlangsungnya Majlis Pecah Tanah bagi Projek Penyuraian Trafik di antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sini pada 8 November 2025.

SEBERANG JAYA – Seperti dijanjikan, Perdana Menteri, Y.A.B. Datuk Seri Utama Anwar Ibrahim sendiri meluncurkan Majlis Pecah Tanah bagi Projek Penyuraian Trafik di antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat sini pada 8 November 2025.

93fddaac 147b 44a7 978a 6831b2524d82
KETUA Menteri

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata bahawa pentadbirannya berharap projek lebuh raya sepanjang 17.3 kilometer (km) itu turut menyokong pertumbuhan ekonomi negara, terutama di utara Semenanjung Malaysia.

“Visi kita jelas, iaitu bukan sekadar membina lebih banyak jalan, tetapi membina jalan yang lebih pintar, bukan hanya mempercepat perjalanan, tetapi memastikan akses yang lebih saksama untuk semua.

“Projek ini akan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi baharu di Seberang Perai, khususnya di kawasan Bukit Minyak, Juru dan Sungai Dua, sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan, merancakkan aktiviti ekonomi setempat, serta meningkatkan kualiti hidup rakyat setempat,” jelasnya pada majlis berkaitan.

f3fbd74d e797 4576 af8b 304dac4a00fd
ACARA gimik sempena peluncuran Majlis Pecah Tanah bagi Projek Penyuraian Trafik di antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di sini pada pagi tadi di Tapak Ekspor Seberang Jaya.

Di samping itu, Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi dan Tanah dan Komunikasi turut menzahirkan penghargaan kepada pentadbiran Anwar kerana meluluskan sebanyak 86 projek baharu di bawah Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13).

“Daripada keseluruhan senarai berkaitan, Kerajaan Negeri turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kelulusan 10 projek dalam senarai negeri di bawah Projek Pembangunan Pulau Pinang Rolling Plan 1 Tahun 2026 (RMKe-13), dengan peruntukan RM283 juta, yang bakal memacu pembangunan strategik negeri dalam tempoh perancangan seterusnya,” ujarnya.

Tambah beliau, projek-projek infrastruktur yang diluluskan oleh pentadbiran Anwar akan memperkukuh status Pulau Pinang yang kini berperanan sebagai Konurbasi Utara Malaysia.

4e38577c f000 46d4 b550 5f02d79caa7f
ANWAR Ibrahim

Berucap selepas itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menyatakan bahawa ‘projek lebuh raya bertingkat’ berkaitan diluluskan kerana ia bukan sahaja adalah hasrat rakyat Pulau Pinang, malah negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia yang mana selama ini terpaksa menempuh kesesasakan trafik yang teruk.

“Alhamdulilah, saya bersyukur apabila projek yang tertangguh sekalian lama, akhirnya diluncurkan untuk dilaksanakan segera.

“Segerakan dan percepatkan projek ini supaya dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat,” katanya yang juga Ahli Parlimen Tambun, Perak.

Tambah beliau, tujuan Kerajaan Persekutuan hari ini meluluskan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara dari Bayan Lepas ke George Town dan berakhir di Penang Sentral, Bagan adalah demi menyuraikan kesesakan trafik hampir sepanjang masa di Jambatan Pulau Pinang.

1e2f89af 8c68 4ffb be72 11dc8b135648
ALEXANDER Nanta Linggi

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan bahawa kos projek itu dianggarkan berjumlah RM3 bilion dengan pembiayaan secara hibrid iaitu 60 peratus daripada kerajaan melalui perbelanjaan pembangunan dan syarikat (40 peratus).

“Terdiri dari dua fasa yang mana fasa satu telahpun dilaksanakan dengan peruntukan RM56 juta, kita (Kementerian Kerja Raya) menjangkakan fasa kedua akan dimulakan pada awal tahun depan (2026),” jelasnya dalam sidang media bersama-sama Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari.

Tambah beliau, tempoh pembinaannya adalah selama 48 bulan, dengan menyasarkan siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2030.

Menteri Kewangan 2, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong; Ketua Setiausaha Negara, Dato’ Seri Shamsul Azri Abu Bakar; Ketua Setiausaha bagi Kementerian Kerja Raya, Dato’ Seri Azman Ibrahim; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Zulkifli Long, Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik  Airina Nik Jaffar dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri antara pemimpin yang turut sertai majlis bersejarah tersebut.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : MUHAMMAD IQBAL HAMDAN
Video : DARWINA MOHD. DAUD