Promosi ‘1 hidangan, 1 sen’ airasia food dapat sambutan memberangsangkan

Admin

GEORGE TOWN – Promosi ‘1 hidangan, 1 sen’ oleh perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian, airasia food yang bermula sejak 10 Jun lalu di Pulau Pinang mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

 

Selain Lembah Klang, Pulau Pinang merupakan negeri pertama di Malaysia yang melancarkan perkhidmatan berkenaan yang merupakan kolaborasi bersama di antara Pejabat Pelancongan dan Ekonomi Kreatif dan airasia food.

 

Ketua e-Dagang Aplikasi Air Asia, Lim Ben-Jie berkata, melalui kolaborasi berkenaan, para pelanggan di sekitar Pulau Pinang dapat menebus hidangan dengan  nilai 1 sen menggunakan kod promo 1SENPG melibatkan restoran terpilih mengikut tarikh yang dipaparkan.

 

Jelasnya, promosi ini ditawarkan pada masa yang terhad iaitu sehingga 23 Jun 2021.

“Sambutan di Pulau Pinang amat galak serta memberangsangkan, di mana dalam tempoh sebulan sahaja kita telah mempunyai hampir 300 peniaga yang akan memberikan tawaran menarik buat pelanggan.

 

“Buat masa sekarang airasia food ini hanya tertumpu di kawasan pulau, namun kita mempunyai perancangan untuk meluaskannya di Seberang Perai dalam tempoh sebulan dua lagi.

 

“Kami juga sangat gembira kerana perkhidmatan airasia food ini secara tidak langsung memberi sokongan hebat kepada peniaga rantaian airasia food dengan kadar komisen yang sangat rendah iaitu 15 peratus,” ujarnya sambil menambah bahawa pelanggan juga akan menikmati penghantaran percuma tanpa had dalam jarak 15km (kilometer) dari restoran pilihan pada hari tersebut.

 

Sebagai rekod, promosi ‘1 hidangan, 1 sen’ ini adalah terhad kepada first come first serve. 

 

Terdahulu, Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Yeoh Soon Hin telah melancarkan promosi santapan harga istimewa tersebut secara virtual bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif Penang Global Tourism (PGT), Ooi Chok Yan dan Ketua Eksekutif Aplikasi Super airasia, Amanda Woo.

 

 

Soon Hin dalam ucapannya berkata bagi menyokong inisiatif berkenaan, pejabatnya telah memberikan subsidi bagi kos penghantaran untuk menggalakkan para peniaga makanan dan minuman mendaftarkan perniagaan mereka di platform airasia food berkenaan.

 

“Dengan pelancaran airasia food ke Pulau Pinang, ia mewujudkan senario penghantaran makanan yang lebih mantap serta menarik dan yang paling penting, pengguna di negeri ini akan mendapat keuntungan dengan adanya persaingan, sinergi dan alternatif yang lebih sihat dalam industri ini.

 

 

“Oleh itu, kami memuji usaha airasia dalam mempelbagaikan penawaran produk mereka, juga memanfaatkan kehadiran jenama mereka yang menyediakan platform penyampaian makanan alternatif.

 

 

“Kerajaan Negeri gembira dapat berkolaborasi bersama mereka untuk memungkinkan lebih banyak peluang bagi pedagang F&B di seluruh Pulau Pinang bagi menjangkau pelanggan yang lebih luas dan memperoleh lebih banyak pendapatan, selain memberi kepelbagaian pilihan kepada rakyat Pulau Pinang untuk mendapatkan nilai terbaik untuk wang mereka,” ujarnya.

 

Nantikan jadual penuh promosi, restoran dan hidangan pilihan di aplikasi Instagram @airasiadelivers. Untuk melihat pelbagai tawaran hebat lain mengenai airasia food, pilih aplikasi super airasia dengan ikon ‘makanan’, atau lawati airasia.com/food.

 

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF
Gambar : ALISSALA SUWANMANI