Pulau Pinang catat 42 kes denggi pada Minggu Epid Ke-11/2024

img 8234

GEORGE TOWN – Minggu Epid ke-11 berakhir pada 12 Mac lepas menyaksikan bilangan wabak denggi semasa di negeri Pulau Pinang direkodkan sebanyak 42 kes, dengan 135 kumulatif kes wabak 2024.

Bagi kedua-dua Minggu Epid sejak 9 Mac 2024, tiada rekod kematian akibat denggi dicatatkan, begitu juga tiada rekod wabak chikungunya direkodkan.

Di Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengenal pasti terdapat empat kawasan panas (hospot) bagi wabak denggi iaitu Kampung Sungai Lembu, Taman Aman Jaya, Persiaran Kota Permai dan Sutera, Pangsapuri Sutera.

Di SPT juga, Taman Eng Seng, Kampung Kuala Juru, Taman Nirwana (A) dan Tingkat Siakap diklasifikasikan sebagai lokaliti Wabak Tak Terkawal (WTK) Denggi.

Desa Mawar merupakan satu-satunya lokaliti di Daerah Timur Laut yang diklasifikasikan sebagai kawasan panas wabak denggi.

Di Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) pula, terdapat hanya satu lokaliti diklasifikasi sebagai WTK Denggi iaitu Kampung Badak Mati, manakala Flat Bukit Gedong merupakan satu-satunya kawasan panas wabak denggi di Daerah Barat Daya.

Nasihat JKNPP, teruskan usaha menghapuskan punca pembiakan nyamuk di rumah masing-masing serta kawasan sekitar kerana wabak ini boleh membunuh.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB