Rangka naik taraf Astaka Taman Tun Sardon sebagai hab pelancongan makanan

Admin

PADANG KOTA – Kerajaa Negeri sememangnya sedang merangka untuk menaik taraf Astaka Taman Tun Sardon yang disifatkan sebagai lokasi hab pelancongan makanan.

 

 

Menurut Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa, Jagdeep Singh Deo, bukan di situ sahaja bahkan astak-aastaka lain di negeri ini.

 

 

“Antara kerja-kerja naik taraf yang kita tumpukan kepada astaka-astaka negeri ini termasuklah menggantikan siling, bumbung, pengecatan semula, menukar lantai, turap semula dan perkara lain yang difikirkan perlu.

 

 

“Saya juga dalam perancangan untuk menjenamakan astaka-astaka kita kepada astaka emas, ini bagi mengiktiraf dan menunjukkan satu standard astaka kita berada pada satu taraf yang tinggi.

 

“Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) juga tidak melihat aspek tandas awam di astaka-astaka selaras dengan hasrat Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT),” ujar Jagdeep ketika menjawap soalan lisan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima DUN Ke-14 di sini hari ini.

 

 

Syerleena dalam kenyataan juga berharap tandas baharu dinaik taraf supaya lebih mesra warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS