Rebut promosi pengurangan kompaun parkir sebelum 31 Disember – Datuk Bandar

Admin

SEBERANG JAYA – Sempena sambutan Hari Bandaraya yang ke-2, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) melancarkan promosi pengurangan kompaun Tempat Letak Kereta (TLK) serendah RM10 beserta potongan 50 peratus untuk kompaun kesalahan-kesalahan lain.

Datuk Bandar MBSP, Dato’ Sr. Rozali Mohamud memberitahu bahawa promosi itu dari 16 September hingga 31 Disember 2021.

“Saya menyeru seluruh penduduk Seberang Perai (supaya) merebut peluang bagi menjelaskan kompaun TLK.

“Tindakan tegas akan diambil ke atas kompaun-kompaun yang tidak dijelaskan,” katanya semasa mempengerusikan Majlis Mesyuarat Penuh di Dewan Kenanga, Menara Bandaraya MBSP di sini pada 25 Oktober 2021.

Turut menyertai mesyuarat tersebut adalah barisan Ahli Majlis bagi MBSP; pemangku Setiausaha Bandaraya, Baderul Amin Abd. Hamid; dan Ketua-ketua Jabatan bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Rozali turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada penganut agama Hindu yang bakal meraikan perayaan tersebut di bandar raya ini pada 4 November depan.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB