Ribuan kunjungi Rumah Terbuka Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Admin

DATUK KERAMAT – Ribuan tetamu hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato’ Seri Farizan Darus dan isteri, Datin Seri Hamidah Mat Daud di sini petang ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow dan isteri, Puan Tan Lean Kee; Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Dato’ Law Choo Kiang serta barisan Exco Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang antara tetamu kehormat paling utama pada majlis itu.

Hadir sama, Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian pentadbiran Kerajaan Negeri, para jemputan kehormat lain dan tetamu khas iaitu anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Kasih Abadi, Bertam.

Kambing bakar, sate ayam, rendang, mee sotong, lemang, pasembor antara juadah istimewa yang disajikan kepada para tetamu.

Dalam perkembangan berkaitan, pagi tadi, Farizan dan isteri turut mengadakan majlis ringkas bacaan Yaa Sin dan Tahlil.

Seramai 40 pelajar tahfiz serta mudir dari Maahad Tahfiz Darul Saadah dekat Bayan Lepas menjadi tetamu khas pada majlis itu.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD
Video : DARWINA MOHD. DAUD