*Ribuan rai Majlis Makan Malam Ulang Tahun Kelahiran Ke-81 TYT*

Admin

PANTAI JEREJAK – Ribuan tetamu menyertai majlis makan malam sempena sambutan kelahiran ke-81 Yang di-Pertua Negeri (TYT), Tun Abdul Rahman Abbas di SPICE Convention Centre dekat sini.

Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Law Choo Kiang dan isteri; Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow dan isteri serta barisan Exco Kerajaan Negeri lain merupakan antara tetamu paling utama pada majlis keraian Tun Abdul Rahman dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff.

Persembahan penyanyi popular era 1990-an, Jamal Abdillah, dua bintang klasik orkestra RTM dan tarian daripada Majlis Kebudayaan Negeri menyerikan majlis keraian berkaitan.

Kemuncak majlis adalah acara memotong kek dan nyanyian lagu hari jadi oleh para hadirin.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI
Video : ALVIE CHENG