RM150 buku panduan MPSP, RM50 permit ubahsuai rumah

Admin

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BUTTERWORTH – Warga Seberang Perai boleh membeli buku garis Panduan Tambahan dan Pindaan K e c i l  Ta m a n Perumahan yang baru dengan dengan harga RM150 sebuah bermula kini bagi permohonan mengubahsuai kediaman masing- masing.

Mantan Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Soon Lip Chee berkata, buka garis panduan yang dikeluarkan majlis itu lengkap dengan borang permohonan.

“Pelanggan tidak tahu MPSP ada garis panduan (cadangan pelan ubahsuai kecil)…ini adalah pelan ikut piawaian yang memudahkan mereka sebenarnya,” ujar beliau baru-baru ini di Dewan Haji Ahmad Badawi di sini.

Pegawai Hal Ehwal Masyarakat Kawasan Parlimen Bagan, Krishna Murthy Naidu dan Mohd. Raisul Muhadisin (Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan MPSP) turut hadir pada sidang media itu.

Lip Chee yang kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi berkata, warga Seberang Perai digalakkan untuk mengikuti garis panduan yang disediakan dalam buku itu demi mengelak berbelanja lebih untuk tujuan mengubah suatu rumah masing-masing.

“RM900 bayaran profesional (minimum) untuk jurutera sahaja… (tetapi) jika mohon awal, RM50 saja untuk permit bangunan.

“Jika mohon permit semasa projek ubahsuai sedang dijalankan, RM250 saja dikenakan,” jelasnya.

Difahamkan, buku panduan itu turut menyediakan syarat binaan tambahan, kaedah memohon dan menuntut cagaran berwajib RM750 serta format mengisi borang-borang permohonan berkaitan.

Dalam pada itu, Mohd. Raisul menyatakan bahawa, tempoh proses sehari sahaja membabitkan Jabatan Pembangunan (MPSP) sekiranya menggunakan buku panduan berkenaan.

Info lanjut boleh hubungi talian 04 – 549 7737.