RM2 juta naik taraf Taman Rekreasi Bukit D.O.

Admin

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

BUKIT MERTAJAMSebanyak RM2 juta diperuntukan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk kerja-kerja menaik taraf Tapak Rekreasi Bukit D.O. Off Jalan Sri Bukit, di sini.

Yang Dipertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif berkata, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) akan menaja projek tersebut yang dijadualkan bermula pada September ini dan dijangka siap menjelang Mac tahun depan.

Beliau berkata, projek tersebut merupakan salah satu projek landskap tanggungjawab sosial korporat (CSR) di bawah kendalian MPSP.

“Sehingga Mei lalu, MPSP telah memperoleh tajaan untuk 12 projek landskap CSR, yang merupakan antara 37 projek-projek yang telah dikenalpasti untuk tahun ini.

“Setakat ini, kami telah menyiapkan dua projek CSR, iaitu Taman Wawasan di Kepala Batas dan Taman Tugu Kota Demokrasi Bagan di Mak Mandin, manakala selebihnya adalah secara berperingkat-peringkat pembangunan yang berbeza,” katanya pada Majlis Pelancaran Taman Rekreasi Bukit D.O. di sini baru-baru ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng turut berucap pada majlis berkenaan.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng, Lim Hock Seng (Exco Ke r j a Ra y a , Ut i l i ti d an Pengangkutan), Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas), Ng Wei Aik (Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri), Tan Cheong Heng (Ahli Dewan Undangan Negeri Padang Lalang ), Ir. Rozali Mohamud (Setiausaha Majlis MPSP) turut hadir pada majlis tersebut.

ANTARA peralatan bersenam yang disediakan untuk pengunjung.
ANTARA peralatan bersenam yang disediakan untuk
pengunjung.

Johari Kassim, Ahmad Farid Md. Arshad, Francis Ong Koon Liak, Stevan Sim Chee Keong merupakan antara Ahli Majlis MPSP yang hadir pada majlis rasmi itu.

Maimunah berkata, elemen naik taraf meliputi penyediaan 100 tapak parkir trek berbasikal sepanjang 390 meter, trek joging dan jalan kaki sepanjang 360 meter, trek redah hutan, enam buah tandas, bangkubangku rehat, gerai-gerai makan serta kelengkapan sukan aktiviti luar.

Katanya lagi, taman pencawang elektrik, pam air, pintu masuk, longkang, laluan refleksiologi, gazebo, diliputi titik mencari, terapi taman, aerobik dilindungi asas, yoga asas, puncak bukit asas dan tangga juga akan diperbaiki dan dinaiktaraf.

Bukit D.O. adalah akronim bagi “District Officer ”, sempena terletaknya kediaman rasmi pegawai daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di puncak bukit berkenaan.