Rumah terbuka medan erat silaturahim

ERAT SILATURAHIM… Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Permatang Pauh menjadi medan mengeratkan silaturahim antara barisan kepimpinan Kerajaan Negeri dan rakyat pelbagai lapisan masyarakat di sini baru-baru ini.

Rata-rata 4,000 pengunjung yang membanjiri Pusat Khidmat Rakyat Jalan Permatang Pasir bukan hanya berpeluang menjamu pelbagai juadah yang disediakan, malah juga berpeluang beramah-mesra dengan Ahli Parlimennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Turut menyerikan majlis berkaitan, Menteri Besar Selangor, Datuk Mohamed Azmin Ali, Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Dato’ Mohd. Salleh Man, ADUN Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin, ADUN Penanti, Dr. Norlela Ariffin, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Dato’ Mansor Othman, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong.

document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);