Rumah terbuka platform beramah-mesra

 

KANAK-KANAK menyerbu Datuk Abdul Halim Hussain (berbaju batik) dan Sim Tze Tzin (berkemeja kotak) untuk mendapatkan duit raya masing-masing sempena Majlis Sambutan Rumah Terbuka KADUN Bayan Lepas di sini
KANAK-KANAK menyerbu Datuk Abdul Halim Hussain (berbaju batik) dan Sim Tze Tzin (berkemeja kotak) untuk mendapatkan duit raya masing-masing sempena Majlis Sambutan Rumah Terbuka KADUN Bayan Lepas di sini

BAYAN LEPASKemeriahan bulan Syawal masih dirasai di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Bayan Lepas apabila majlis rumah terbuka yang diadakan baru-baru ini memperoleh sambutan amat menggalakkan daripada penduduk setempat.

Pegawai Penyelarasnya, Asnah Hashim berkata, kemeriahan sambutan yang diadakan pada saat-saat akhir menunjukkan penerimaan rakyat Bayan Lepas kini lebih meluas tanpa melibatkan fahaman politik.

“Mereka hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis sambutan dan beramah mesra untuk saling kenal mengenali tidak kiralah sama ada sesama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) ataupun tetangga,” ujar Asnah kepada Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

Majlis yang diadakan di Dewan Orang Ramai Pagar Buluh berdekatan SRJK (C’) Chong Cheng, Sungai Ara di sini turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussain; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin; PPK Pulau Betong, Mohd. Tuah Ismail; Ahli-ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan ahli JKKK Sungai Ara.