Rumah untuk tiga keluarga

Oleh: MOHD. HAFIZ TAJUDIN

TASEK GELUGOR – Pembinaan dan penyerahan tiga buah rumah satu tingkat dua bilik kepada tiga keluarga membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) terus komited membasmi kemiskinan tegar di negeri ini.

Salah seorang penerima, Azizah Ahmad, 58, dari Kampung Permatang Tok Gelam, Seberang Perai Utara (SPU) ketika ditemui berkata bahawa beliau amat bersyukur dengan ‘pemberian’ Kerajaan Negeri berkenaan.

“Rumah lama dah tak boleh duduk (tinggal), habis anai-anai makan,” katanya yang menetap bersama cucunya kepada Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

Majlis penyampaian tersebut disempurnakan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman.

Hadir sama, Pegawai Daerah dan Tanah SPU, Jusni Ismail; Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Telok Air Tawar, Salehin Mohamed; PPK Penaga, Rosidi Hussain dan Ketua Penolong Pegawai Daerah dan Tanah SPU, Hakmal Effendi Ishak.

Turut menerima sumbangan tersebut ialah Nor’aida Othman dari Kampung Tok Jawa, Tasek Gelugor dan Mohd. Nizam Din, Pasir Gebu,
Penaga.

Tiga buah rumah terbabit dibina Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai inisiatif membantu rakyat kurang berkemampuan di daerah ini baru-baru ini.

mansor-serahkuncispu2

AZIZAH Ahmad (dua dari kanan) dan cucunya menerima replika
kunci rumah baru daripada Mansor Othman (dua dari kiri) sambil
diperhatikan Jusni Ismail (kiri sekali) dan Salehin Mohamed pada
majlis penyerahan bantuan rumah di Kampung Permatang Tok
Gelam di sini baru-baru ini.