Meriahkan Hari Kanak-kanak dengan beramal

DR. Sim Joo Seng (duduk, kiri sekali) beramah-mesra bersama-sama sekumpulan kanak-kanak yang bakal membuat persembahan pada program sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia 2012 di sini.
DR. Sim Joo Seng (duduk, kiri sekali) beramah-mesra bersama-sama
sekumpulan kanak-kanak yang bakal membuat persembahan pada
program sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia 2012 di sini.

 

PROGRAM AMAL… Sempena Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia 2012, Pertubuhan Wanita Mutiara dengan kerjasama sebuah klinik swasta kanak-kanak tempatan, Sim Children & Child Heart Clinic bakal menganjurkan World Children’s Day Food & Fun Fair 2012.

Sambutan yang bakal diadakan di Taman Perbandaran pada 4 November ini turut menyajikan pelbagai aktiviti kekeluargaan dan permainan antaranya Jigsaw Puzzle Friendly Matches, Choral Speaking dan persembahan pentas.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Penang Mental Health Association (PMHA) dan Penang Toys Stories Project Committee turut serta dalam penganjuran berkenaan.

Menurut Pengerusi Program, Dr. Sim Joo Seng, penganjuran tersebut adalah bagi mengumpul dana untuk sebuah pusat pendidikan kanak-kanak istimewa yang menghadapi masalah pembelajaran, 2-Way Centre (dikawal selia oleh PMHA).

“Kita harap penganjuran kali ini bukan sahaja berjaya mengumpul dana, tetapi turut memberi ruang dan peluang bagi kanak-kanak
istimewa ini bermain dan mengenal dunia luar,” ujar Joo Seng.

Bagi sebarang maklumat lanjut, emel ke worldchildrensday2012@ gmail.com.