Rumah warga emas dibaiki

Admin

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI


BALIK PULAU –Atas inisiatif khas Ahli Parlimen Balik Pulau, warga emas, Seha Sufaat, 85, kini tidak lagi hidup dalam kerisauan ekoran keadaan kediamannya yang terlalu usang sebelum ini di Kampung Sungai Burung di sini.
Prihatin dengan nasib Seha, Ahli Parlimen terbabit, Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff telah membantu mendirikan tembok dan dinding  batu bagi menggantikan kayu rumah yang telah reput.
Diwakili Pembantu Khasnya, Jaafar Masyar, beliau menyatakan bahawa kediaman tersebut disiapkan dalam tempoh kira-kira satu bulan.
“Nasib Seha mula memperoleh perhatian Y.B. (Mohd. Yusmadi) pada awal Ramadhan lalu.

JAAFAR Masyar (kanan) bergambar bersama-sama Seha Sufaat sempena lawatan khas beliau ke kediaman warga emas terbabit di Kampung Sungai Burung di sini baru-baru ini.
JAAFAR Masyar (kanan) bergambar bersama-sama Seha Sufaat sempena lawatan
khas beliau ke kediaman warga emas terbabit di Kampung Sungai Burung di sini
baru-baru ini.

“Y.B. (Mohd. Yusmadi) menggunakan peruntukan dan juga sumbangan peribadi untuk membantu Seha,’’ katanya kepada Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.