Salahuddin Ayub kini bergelar Dato’

Admin

DATUK KERAMAT – Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman merupakan salah seorang daripada tiga individu yang menerima Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) yang membawa gelaran Dato’ dekat Seri Mutiara di sini tadi.

Penganugerahan tersebut adalah bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-80 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (TYT), Tun Dr. Abdul Rahman Abbas.

Menteri Pertanian & Indistri Asas Tani, Salahuddin Ayub yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) menerima anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Dato’.

Seorang lagi, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Operasi Industri B. Braun Medical Industries (BMI) Pulau Pinang, Dr. Juergen Schkoesser, yang juga Ahli Lembaga Pengarah B Braun Amerika Syarikat turut menerima anugerah DSPN.

Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Dato’ Law Choo Kiang; Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow dan isteri, Puan Tan Lean Kee; Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy; barisan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Farizan Darus dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut sertai Majlis Istiadat Khas Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang oleh Abdul Rahman sendiri.

Difahamkan, DMPN dan DSPN merupakan anugerah kurniaan kepada orang perseorangan yang menyumbang khidmat cemerlang serta mempunyai taraf kedudukan yang tertinggi.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

Gambar : ALISSALA THIAN

Video : AHMAD ADIL MUHAMAD