Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan bakal disambut di Pulau Pinang, kata Pengarah Pendidikan Negeri

Admin

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Chow Kon Yeow pagi ini menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Dr. Mahanom Mat Sam di pejabatnya di Komtar.

Pertemuan selama kira-kira 30 minit itu turut disertai Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Suhaimi Saidin; Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Dzolkafli Harun dan Ketua Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan, K. Mahaletchumy.

Antara isu yang dibangkitkan pada pertemuan berkaitan adalah mengenai jumlah kemasukan pelajar ke sekolah bagi negeri Pulau Pinang, penambahbaikan prasarana sekolah, keselamatan bangunan sekolah dan pelajar serta keperluan pembangunan sekolah baharu di kawasan berkepadatan penduduk yang tinggi.

Selain itu, Mahanom turut memaklumkan mengenai Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan yang bakal disambut di Pulau Pinang dan dijadualkan berlangsung pada bulan Mei ini.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijangka hadir sebagai perasmi kehormat sambutan berkaitan.

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar : ALISSALA THIAN