Sambutan Maulidur Rasul Surau Al-Muttaqin berlangsung meriah

Admin

PINANG TUNGGAL- Pelbagai aktiviti menarik diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan selama dua hari iaitu pada 24 dan 25 November lalu yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pinang Tunggal dengan kerjasama Qaryah Bandar Putra Bertam.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan berkaitan yang berlangsung dekat Surau Al-Mutaqqin Bandar Putra Bertam, di sini.

Ustaz Haslin Bollywood dan Ustaz Roslan Che Ros tampil sebagai panel pada sesi forum perdana sempena sambutan Maulidur Rasul DUN Pinang Tunggal baru-baru ini.

Difahamkan, pada hari pertama diadakan sesi forum perdana bertajuk “Ku mengharapkan Syafaatmu” yang menampilkan dua orang panel istimewa iaitu Ustaz Roslan Che Ros dan Ustaz Haslin Baharim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Bollywood dan dipengerusikan oleh Ustaz Lutfi Amir.

Manakala pada hari kedua pula, program dimulakan dengan kuliah Subuh, diikuti pameran dari agensi-agensi dan jabatan, pemeriksaan kesihatan percuma, servis dan tukar minyak motor percuma, bengkel kraftangan, bengkel masakan, cabutan bertuah serta kenduri rakyat.

Pada sebelah malam pula, turut berlangsung adalah persembahan Kesenian Islam oleh kumpulan Qasidah Ar-Rayyan dan konsert nasyid dari kumpulan Inteam.

Oleh : YUSNINA MOHAMAD YUSOF
Gambar : ADUN