Sambutan rumah terbuka Aidilfitri penuh harmoni

MERIAH… Suasana Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Jabatan Kewangan Negeri (JKN) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUKPP) di sini meriah dengan kehadiran barisan pimpinan tertinggi Kerajaan Negeri.

Antaranya Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Farizan Darus, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mokhtar Mohd. Jait, barisan Exco Kerajaan Negeri dan ketua-ketua jabatan.

Selain sajian makanan yang pelbagai, apa yang menjadi tarikan adalah gaya serta fesyen-fesyen baju raya yang diperagakan setiap tetamu terutamanya para penjawat awam negeri yang bertandang.

Ironinya, majlis tersebut mempereratkan lagi ikatan silaturahim sedia ada yang mana ia menjadi asas kepada keharmonian serta perpaduan pasukan kerja Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);