Rumah terbuka lambang keindahan P. Pinang

WARNA WARNI, TEMA UNIK… Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang disambut penuh warnawarni dan unik dengan bertemakan Hikayat Seribu Satu Malam, Arabian Nights.

Pengarah Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang, Haryany Mohamad ketika ditemui memberitahu bahawa penganjuran majlis rumah terbuka yang turut mendapat kerjasama dari Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang pada tahun ini adalah melambangkan keindahan dimiliki warga Pulau Pinang yang berbilang kaum dan budaya.

Turut hadir memeriahkan majlis keraian itu kehadiran Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng bersama-sama mantan Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang, Wong Hon Wai.

document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);