Saringan pertama peraduan Buletin Mutiara selesai

Admin

GEORGE TOWN – Sebanyak kira-kira 2,000 penyertaan bagi pertandingan Bakat Si Cilik – Mewarna dan 1,000 penyertaan bagi Pertandingan Melukis Poster Penang2030 diterima.

Saringan pertama bagi kedua-dua pertandingan yang mula dibuka pada 1 Februari hingga 31 Mei 2019 telah selesai proses saringan awal, hari ini.

Pemenang bagi Bakat Si Cilik Mewarna berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai RM250 bagi tempat pertama, RM150 (kedua) dan RM100 (ketiga).

Manakala, bagi Pertandingan Melukis Poster Penang2030, RM500 ditawarkan kepada pemenang utama.

Hanya perserta yang terpilih sebagai pemenang sahaja akan dihubungi pihak Buletin Mutiara dan keputusan adalah muktamad.

 

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar: NUR AMIRAH HUSNA ROSLAN